Jika dilihat dalam konteks seni sezaman kini, seni
arca sudah memiliki kedudukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, bagi saya pembangunan
seni arca kontemporari jarang diperkatakan ataupun ditulis berbanding dengan
seni catan. Hal ini merupakan antara sebab mengapa bidang seni arca tidak
begitu popular sama ada di peringkat awal perkembangan seni di Malaysia mahupun
di peringkat seni dunia.
Antara faktor yang melambatkan pembangunan seni arca
kontemporari adalah disebabkan perkembangan sejarah seni yang lazimnya dilihat
dari sudut sejarah seni catan sahaja. Di samping itu, nilai-nilai estetik serta
kriteria-kriteria kritikan tentang seni juga disasarkan hanya pada seni catan,
bukannya seni arca. Manakala galeri, penulisan serta penaja atau penaung yang
berfungsi bagi menyokong perkembangan seni juga lebih cenderung kepada seni
catan. Bagi saya fenomena sebegini membuatkan seni arca kontemporari lambat
mencapai kemuncak dalam kedudukannya meskipun dari sudut sejarah seni dunia,
seni arca merupakan salah satu bidang kesenian yang terpenting dalam
perkembangan seni.
Walau
bagaimanapun merujuk kepada buku ‘Modern Art Malaysia’(2001:65) yang ditulis
oleh Muliyadi Mahmood, seni arca menjadi tidak popular dan sempit. Ia sering
kali dikaitkan dengan patung-patung penyembahan yang ternyata bercanggah dengan
agama islam. Dimana agama islam menjadi agama rasmi bagi Negara Malaysia.
Perhubungan seni arca dengan unsur-unsur keagamaan seperti inilah sering kali
menimbulkan tanggapan-tanggapan negatif daripada masyarakat terutama sekali
bagi penganut agama islam.[1]
Dalam konteks seni kontemporari Malaysia, kekurangan
pembangunan seni arca sering kali dikaitkan dengan latar belakang agama dan
budaya. TK Sabapathy dalam kajian menulis bahawa:[2]
“Ketiadaan satu tradisi
dalam seni tampak dan plastik di negara ini sebelum kurun ke-20 dapat dikatakan
kerana latar belakang keislamannya dan kerana ikatanya yang kuat pada tradisi
budaya pertukangan. Tradisi islam yang menolak gambaran berikonografi dapat
mengesahkan amalan historikal yang lebih lazim iaitu gambaran lambang-lambang
dalam tradisi-tradisi pertukangan. Walaupun keadan ini telah menjamin dan telah
mengekal kewujudan satu tradisi pertukangan tangan yang sofistikated, ia tidak
pula memupuk satu tradisi seni catan dan arca”
(Seni
Lukis Morden Malaysia,
Kisah
satu pencarian 1930 – 1973,Sabaphaty 1976)
Walaubagaimanapun.
kita tidak boleh menyalahkan seni tradisi yang megakibatkan kelewatan
perkembangan seni arca. Seni tradisi seperti seni ukiran melayu sememangnya
memiliki keistimewaanya yang tersendiri. Seni ini menggambarkan budaya
masyarakat melayu serta menyalurkan nilai-nilai agama dan kepercayaan
masyarakat melayu. Ianya bukan sekadar bersifat seni pertukangan semata-mata.
Hakikatnya unsur-unsur kesenian tradisi ini turut membantu dalam proses
pembangunan seni moden tempatan.
Selain
daripada seni tradisi menjadi punca kelewatan perkembangan seni arca, faktor
agama juga disalah ertikan dimana agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negara
Malaysia. Dikatakan agama Islam menolak karya-karya berbentuk fugura manusia
yang seakan-akan patung-patung penyembahan yang ternyata bercanggah dengan hukum
Islam. Sejauh manakah kebenaran ini?
Sebagai
contoh Raja Shariman yang merupakan salah satu pengarca terkenal di Malaysia.
Beliau menggunakan unsur figura manusia dalam menghasilkan karyanya. Beliau
telah banyak menerima kritikan yang negatif kerana beliau merupakan penganut
agama Islam. Hasil karya beliau sering dikaitkan dengan penghasilan
patung-patung penyembahan. Walaubagaimanapun, beliau tetap dengan pendiriannya
meghasilkan karya berbentuk figura manusia. Sehinggalah beliau menghasilkan
arca siri bertajuk Nafas yang bertujuan
untuk menolak tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.
“Saya menghasilkan
karya bertitik-tolak daripada rasa berahi menyelongkar pencarian hakikat diri,
kesedaran kendiri. Turut menggariskan kerja-kerja seni atas dasar cantik dan
iman, estetik yang bermatlamatkan mengenal diri insan yang kadag-kala
menimbulkan syath”
(Raja
Shariman,
Nafas,
Balai Seni Lukis Negara, 2004)
Karya
beliau sebenarnya merupakan rentetan daripada unsur seni mempertahankan diri
iaitu Seni Silat. Seni ini diamalkan
oleh masyarakat melayu dulu-kala. Seni silat ini merupakan pemacu semangat
serta tunggak perpaduan masyarakat melayu dan secara tidak langsung menyedarkan
kita tentang asal-usul sebenar masyarakat melayu. Beliau turut menekankan tentang unsur seni iaitu
unsur garisan yang digunakan bagi membentuk figura manusia dalam keadaan
bersilat. Ianya membantu menjadikan karya beliau sebagai sebuah karya yang
mempunyai nilai estetik yang cukup sempurna.
No comments:
Post a Comment