Tuesday, July 24, 2012

SESI KRITIK - FINAL DIPLOMA (JUN-OKT 2012)

Sebelum pelajar-pelajar dikerah untuk menghasilkan karya akhir, kebiasaanya pelajar-pelajar diberi task untuk meghasilkan beberapa lakaran idea yang berkaitan dengan subjek pilihan mereka. dalam lakaran ini menitik beratkan tentang prinsip dan elemen yang terdapat dalam seni reka.




Pada 20 Julai 2012 yang lalu, Jabatan seni Halus telah mengadakan sesi kritik buat kali kedua bersama pelajar-pelajar semester akhir Jun-Okt 2012. Antara tenaga pelajar yang terlibat seperti En Daud, En Hamdan, En Zainon, En Aznan, En Suhaimi, En Ishak, En Hijjaz, Cik Anas, Cik Suraya dan juga Cik Aimi. Kesemua tenaga pengajar membuat perbincangan bersama-sama bagi menilai tahap serta potensi pelajar-pelajar untuk menghasilkan karya akhir.



Selain daripada itu, tenaga pengajar juga turut memberikan pandangan serta pendapat kepada pelajar-pelajar dalam menghasilkan karya yang lebih baik mengikut idea masing-masing. Berbeza dengan sebelumnya, jumlah pelajar bagi semester ini lebih ramai iaitu lebih kurang 80 orang keseluruhannya. Oleh itu pelbagai idea dan pendapat yang diluahkan oleh para pelajar melalui lakaran idea mereka.


Pada semester ini, tema yang telah ditetapkan adalah berkaitan dengan 'My Self' ataupun 'Personal Subjek'. Oleh itu para pelajar haruslah menghasilkan karya yang berkaitan dengan tema ini mengikut kreativiti masing-masing. Antara karya yang para pelajar perlu hasilkan adalah karya yang berbentuk 2D dan juga 3D iaitu karya catan, cetakan dan juga arca.


Para pensyarah sedang berbincang berkaitan lakaran idea pelajar




Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam sesi kritik



Salah seorang pensyarah sedang memberi penerangan kepada pelajar-pelajar



Antara hasil kerja para pelajar




Potret seorang wanita tua yang dihasilkan oleh salah seorang pelajar Jabatan Seni Halus



Salah seorang pensyarah sedang meneliti lakaran idea para pelajar




1 comment: