Beberapa tahun kebelakangan ini berbagai pihak yang bergiat dalam
pendidikan seni visual samada secara individu mahupun dalam sesebuah institusi,
kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan pelbagai pendekatan dan
kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni visual ini ke atas
landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang
lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan
keberkesanan mata pelajaran ini perlu di jelaskan.
Sebagai contoh, “Art Education” kini kita panggil Dunia Seni
Visual iaitu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
bagi menaik taraf mutu dan prestasi pendidikan negara standing dengan negara
membangun. Oleh itu kita perlu
menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan obkjektif sebenar mata pelajaran
ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian yang telah dilakukan
terhadap beberapa sekolah rendah di kawasan perak tengah, masih terdapat
pelbagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni ini samada tangapan
yang berbentuk positif mahupun negatif. Ini kerana apabila menyebut sahaja
tentang pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan bahawa ianya sebagai
suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar. Ada
setengah pihak pula beranggapan pendidikan seni ini menjurus kepada kerja-kerja
menghasilkan produk kraf. Ada juga yang beranggapan pendidikan seni visual kini
lebih berbentuk akademik yang lebih kepada bidang sejarah iaitu berkaitan
tradisi sesetengah masyarakat dan juga apresiasi seni.
Oleh itu, kesamaran ini perlulah dijelaskan dengan sebaik
mungkin. Ini kerana setiap bidang ilmu
itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus dan menjurus kepada
matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan keparcayaan yang masih
bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung
objektif dan matlamat matapelajaran yang mereka ajar. Kesannya guru akan
menghadapi masalah dari segi menentukan arah objektif dan matlamat mata
pelajaran tersebut dan ianya berubah serta bercangah dengan matlamat yang asal.
Persoalannya, mengapa ramai yang
memandang remeh serta tidak mengendahkan mata pelajaran seni? Seringkali kita
mendengar mata pelajaran seni dipertikaikan. Pada hakikatnya mata pelajaran
seni sama seperti mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang
mempunyai kepentingannya tersendiri. Malah ia membantu dalam pelbagai aspek
kehidupan masyarakat kini. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat
serta kretiviti murid dan secara tidak langsung ianya memperluaskan pengalaman dan
kemahiran murid itu sendiri.
Mengapa kita sering berpendapat
seseorang itu dilahirkan tidak kreatif? Hakikatnya kreativiti itu boleh
dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni, seperti
pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman. fotografi, grafik artis, pereka grafik,
pelukis komik, animasi kartun, dan
banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir
secara abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat
terbatas pada seni visual dan lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan
objektif dan matlamat dalam pelbagai bidang yang lain serta saling
berhubungkait.
Seni dan sosial mempunyai hubungan
simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan
kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru itu, untuk
memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi
sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat tidak kira dari bentuk positif
mahupun negatif.
Selaian daripada itu, pelajaran pendidikan seni di peringkat
sekolah rendah ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan
pertumbuhan menyeluruh murid. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori
perkembangan. dan pendidikan seni kepada murid adalah lebih kepada keperluan
eksprasif, di samping mereka perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan
psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan.
Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang
ini.
Persoalan seterusnya adalah
sejauh manakah latihan yang telah dilalui oleh guru-guru seni ini. Adakah hal
tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru
sekolah rendah?“Siapa saja boleh mengajar
Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi”. Ini
merupakan permasalahan yang sering menjadi isu dalam pengajaran dan
pembelajaran pendidikan seni di sekolah. Dimana mereke sering kali beranggapan sesiapa
sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk
guru-guru “berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih
berat”. Adakah ini benar? Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah
mata pelajaran seni ini beransur lenyap dari pandangan positif masyarakat
sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari
semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah
terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih
rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang mempunyai banyak
potensi.
Hakikatnya guru-guru seperti ini tidak memahami objektif dan
matlamat sebenar pendidikan seni ini. Selagi mata pelajaran ini diajar oleh
mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan
pelajaran maka selagi itulah konsep serta matlamat mata pelajaran pendidikan
seni ini tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga
akan memandang sepi mata pelajaran pendidikan seni ini.
Apa yang manakutkan kita adalah, selepas sahaja murid-murid mengikuti
kelas mata pelajaran seni ini, apa yang mereka perolehi? Pentingkah mata
pelajaran seni ini? Apakah pengalaman yang mereka lalui serta kemahiran yang
mereka perolehi ini dapat membantu dalam kehidupan mendatang? Untuk menjawab
persoalan-persoalan di atas, kita boleh jadikan objektif dan matlamat
pendidikan seni sebangai landasan ukuran. Disini kita akan dapat menilai betapa
pentingnya seseorang guru itu harus memahami objektif dan matlamat sebenar mata
pelajaran seni ini.
Kemudiannya, kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap yang teratas. Selain daripada itu juga, sudah sampai masanya mata pelajaran seni ini harus memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Jika dilihat masa kini, kita kekurangan buku ataupun bahan rujukan yang diperlukan oleh murid terutasma sekali bagi murid sekolah rendah. Berbeza dengan mata pelajaran yang lain, di kedai-kedia buku terpapar pelbagai jenis buku yang bermacam-macam corak, rupa serta penerbitnya. Seolah-olah setiap penerbit saling berlawan untuk menghasilkan buku yang berkualiti. Tetapi apa yang terjadi bagi buku rujukan untuk mata pelajaran seni?
Kemudiannya, kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap yang teratas. Selain daripada itu juga, sudah sampai masanya mata pelajaran seni ini harus memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Jika dilihat masa kini, kita kekurangan buku ataupun bahan rujukan yang diperlukan oleh murid terutasma sekali bagi murid sekolah rendah. Berbeza dengan mata pelajaran yang lain, di kedai-kedia buku terpapar pelbagai jenis buku yang bermacam-macam corak, rupa serta penerbitnya. Seolah-olah setiap penerbit saling berlawan untuk menghasilkan buku yang berkualiti. Tetapi apa yang terjadi bagi buku rujukan untuk mata pelajaran seni?
Perkara ini berbalik semula kepada isu yang di
atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam
bentuk operasi dalam proses pelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Bukan
sekadar itu sahaja, sebagai mata pelajaran yang tertakluk di dalam sistem
persekolahan segala keperluan asas dari segi infrastruktur perlulah diberi
perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu
bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains
Rumahtangga atau mata pelajaran Sains.
Akhir sekali, hanya guru
yang layak sahaja boleh mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana mata pelajaran
seni ini memerlukan golongan yang mempunyai kepakaran dari segi pendidikan,
pengalaman serta kebolehan yang berkaitan dengan bidang seni. Ianya bukan
sekadar hanya pada minat bahkan pengalaman guru yang sering berkecimpung dalam
industri seni seperti sering berpameran, aktif dalam aktiviti social dan juga
kreatif dalam menyelesaikan masalah adalah sangat membantu melahirkan murid
yang lebih, kraetif, inovatif dan berdaya saing serta dapat memenuhi hasrat dan
impain negara berpandukan landasannya.
Jika dilihat secara keseluruhannya, banyak permasalah dan
persoalan yang timbul berkaitan pendidikan seni visual diperingkat sekolah
rendah. Walaupun telah banyak usaha dan kaedah yang telah diperbaharui dan
dijalankan oleh kerajaan dan juga badan bukan kerajaan. Sedar mahupun tidak,
hakikatnya pemikiran ataupun kepercayaan masyarakat di Malaysia ini memang
susah untuk diubah. Hakikatnya seni memainkan peranan yang
sangat penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap
sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan.
Sejarah telah membuktikan bahawa
seni telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan ketamadunan
manusia. Sebagai contoh, kebangkitan masyarakat Rusia yang telah di serang oleh
tentera Nazi Jerman dalam perang dunia ke-2 pada tahun 1940-1945, apa yang
membuatkan masyarakat ketika itu kembali pulih adalah pentadbiran mereka menaik
taraf sistem budaya dan kesenian bagi membaik pulih semangat masyarakat mereka
dalam mengharungi kehidupan mendatang. Ianya berlaku juga kepada masyarakat di
negara Jepun melalui serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika
Syarikat pada 6 Ogos 1945. Dimana ketika itu telah mengorbankan sebanyak
140,000 orang di Hiroshima dan 80,000 di Nagasaki. Sejak itu, ribuan telah tewas akibat
luka atau sakit yang berhubungan dengan radiasi yang dikeluarkan oleh bom atom
tersebut. Untuk memulihkan semangat masyarakat mereka ketika itu, sistem budaya
dan kesenian telah memainkan peranan yang sangat penting bagi membaik pulih
semangat mereka. Untuk mengenali bangsa yang berjaya kita
haruslah mengenali budaya kesenian mereka terdahulu yang selari dengan perkembangan
teknologinya. Justeru itu seni memainkan peranan yang penting dalam dunia
pendidikan dan pembangunan negara kita hari ini dan mendatang.
Walaubagaimanapun usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan
pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah
dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari
semua peringkat sistem pendidikan negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat
dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah
dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata
pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidikan
kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan
ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personaliti sebagai
rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating.
Ini adalah harapannya, manakala realitinya kita haruslah sama-sama
membuat sedikit renungan. Sejauh manakah guru atau kita sebagai pendidik telah
melaksanakan peranan masing-masing untuk merealisasikan harapan itu. Sejauh
manakah kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan
mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran,
supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna
dari perspektif murid termasuk daripada isu-isu yang telah dibangkitkan,
mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan
memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu
diadakan dengan lebih kerap lagi ataupun melalui kelompok perbincangan yang
lebih kecil. Dengan harapan kita dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni
visual ini.
Diharapkan melalui pendidikan seni ini akan
melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun
tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial
di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni
ini. Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling
memerlukan antara satu sama lain. Menyokong pendapat yang mengatakan bahawa seni sebagai agen perubahan masyarakat.
Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya
adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.