Thursday, August 26, 2010

Geleri dan Studio Seni Halus Pengkarya Agong

Jumaat, 16 Julai 2010

Pada 16 Julai 2010, pelajar semester lima dan enam bagi Pengajian Diploma Jabatan Seni Halus,

Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka telah mengikuti satu lawatan ilmiah ke Shah Alam, Selangor. Lawatan yang dijalankan selama tiga hari dua malam ini, disertai 50 orang pelajar bersama tujuh orang pensyarah jabatan. Perjalanan lawatan adalah di seluruh Bandar Shah Alam dan juga Kuala Lumpur. Objektif lawatan ini diadakan kerana ia sebahagian daripada skema pembelajaran dan juga untuk membawa pelajar mengetahui atau meneroka dunia seni di luar yang lebih mencabar. Pelajar juga didedahkan dengan kehidupan para artis terkenal disebalik kanvas mereka yang gah, dan berkongsi pengalaman sebagai artis tanah air. Aktiviti lawatan kali ini adalah ringkas, santai namun padat dengan ilmu yang berharga.

GALERI CHANDAN, KUALA LUMPUR.

Destinasi pertama bagi lawatan kali ini adalah Galeri Chandan. Ahli lawatan diberikan masa 30 minit untuk melihat pameran di dalam galeri. Di sini, pelajar dapat melihat karya-karya pelukis tempatan yang boleh dijadikan sebagai bahan rujukan. Ia adalah sebahagian dari proses mengumpul data untuk menghasilkan sesebuah karya. Di dalam Galeri Chandan, terdapat pelbagai jenis karya-karya pelukis dan pengarca tempatan seperti Raja Shariman Raja Azidin, Bayu Utomo Radjikin, Stephen Menon, Khalil Ibrahim dan ramai lagi. Para pensyarah FSSR, seni halus juga adalah ahli Galeri Chandan. Antara karya yang dihasilkan adalah seperti arca, catan dan lukisan. Kepelbagaian teknik, media, dan persembahan telah ditonjolkan dalam karya mereka. Pelajar mengumpul data dengan mengambil gambar karya sebagai pengumpulan data. Juga di Galeri Chandan pelajar berpeluang membeli sedikit cenderahati, seperti ‘art catalog’.

BALAI SENI LUKIS NEGARA, KUALA LUMPUR

Kemudian, destinasi seterusnya ialah Balai Seni Lukis Negara. Selama 1 jam, para pelajar dibenarkan meneroka dan melihat pameran karya yang ada. Balai Seni Lukis Negara mempamerkan hasil karya Angkatan Pelukis Malaysia, seperti Syed Ahmad Jamal, Awang Damit, Zulkifli Yusof, Yusof Ghani dan ramai lagi nama-nama besar dalam seni lukis. Pelbagai bentuk seni telah dipamerkan seperti catan (painting), lukisan (drawing), arca (sculpture) dan sebagainya. Di sini, para pelajar dapat menggunakan pelbagai cara untuk mengumpul data seperti membuat ‘sketches’ dan mengambil segala nota berilmu. Ini memberi ruang kepada pelajar untuk meneroka bidang seni karya dengan lebih mendalam lagi. Pelajar juga berpeluang membuat analisis dan kritik karya bersama pensyarah, disamping dapat berkongsi idea dan pengetahuan tentang karya seni yang terhasil. Apa yang lebih mengagumkan ialah pelajar juga dapat melihat sendiri hasil karya daripada pensyarah FSSR UiTM Perak sendiri. Ini tidak terkecuali juga dengan karya pelajar dari Jabatan Seni Halus, FSSR,UiTM Perak yang telah dipamerkan di dalam Balai Seni Lukis Negara yang sekaligus dapat mengharumkan nama fakulti dan kampus UiTM Perak.

GALERI PETRONAS, MENARA KLCC.

Seterusnya, aktiviti lawatan di teruskan ke Galeri Petronas di dalam Menara KLCC. Tempoh masa yang agak lama diberikan bagi pelajar menjalankan pelbagai aktiviti. Antaranya adalah melihat pameran di dalam galeri, mengumpul data dengan manangkap gambar, membuat ‘sketches’, berehat, solat dan sebagainya. Aktiviti yang dijalankan lebih santai, sambil pelajar dapat meneroka dunia luar lingkup yang lebih bebas dan luas. Juga pelajar dapat mengenal dan melihat sendiri suasana dan budaya yang telah ditonjolkan daripada pelbagai bangsa dan agama. Di dalam Galeri Petronas, pelajar dapt melihat dan ,meneroka lukisan dengan menggunakan pelbagai media dan teknik. Pelajar juga diajar lebih berdikari dan kreatif dalam mencari maklumat.

Sabtu, 17 Julai 2010.

GALERI DAN STUDIO ARTIS, PROF. MADYA. HJ.AWANG DAMIT AHMAD

Masa emas yang diberi telah digunakan sepeuhnya oleh pelajar untuk mengumpul segala data maklumat yang ada.Pada hari kedua, aktiviti lawatan diteruskan ke galeri dan studio artis terkenal Malaysia, ‘Prof. Madya. Hj. Awang Damit Ahmad’ yang terletak di Kg. Sijangkang, Klang. Ia adalah antara destinasi yang dinantikan pelajar. Terpegun dengan hasil karya beliau, pelajar tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang pengalaman dan ilmu pengetahuan yang telah dipelajarinya selama 30 tahun berkecimpung dalam bidang seni halus. Beliau banyak menghasilkan karya catan ‘painting’ dan juga lukisan. Beliau adalah antara artis yang menggunakan pelbagai media dan catan dalam menghasilkan karya.



GUDANG ARTIS HAMIR SOIB.





Kemudian, lawatan diteruskan ke gudang artis terkenal iaitu Hamir Soib yang terletak di kampung sekitar Klang. Sesi pameran dan temuramah dijalankan. Pelajar dibenarkan bertanyakan soalan dan mendengar serba sedikit penerangan tentang pengalaman beliau sebagai seorang pelukis.


GUDANG PENGARCA BESI, MUTALIB MUSA.

Kemudian, lawatan diteruskan ke gudang artis terkenal iaitu Hamir Soib yang terletak di kampung sekitar Klang. Sesi pameran dan temuramah dijalankan. Pelajar dibenarkan bertanyakan soalan dan mendengar serba sedikit penerangan tentang pengalaman beliau sebagai seorang pelukis.

Setengah jam yang tinggal, pelajar berpeluang juga melawat ke gudang pengarca terkenal iaitu Mutalib Musa. Nama dan hasil karyanya memang tidak asing lagi dipersada seni arca Malaysia. Karya arca besi yang dihasilkan amat unik dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri. Pelajar amat kagum dengan hasil karya dan kepakaran beliau dalam mengendalikan bahan besi. Pastinya menggunakan kekuatan fizikal dan mental yang tinggi. Dapat dilihat, para pelajar amat mengagumi beliau sekaligus dapat meningkatkan semangat pelajar untuk bekerja keras menghasilkan karya yang baik dan berkualiti.

Ahad, 18 Julai 2010.

STUDIO ARTIS, PROF. RAMLAN ABDULLAH.

Pada hari terakhir, sesi lawatan diteruskan lagi ke studio Prof. Ramlan Abdullah. Beliau adalah salah seorang pengarca terkenal di Malaysia.Kedatangan kami amat dialu-alukan oleh Prof. Ramlan. Kesempatan yang ada digunakan pelajar untuk mengenali lebih dekat dengan beliau dan berkongsi pengalaman sepanjang beliau menceburi bidang seni arca. Beliau lebih gemar menghasilkan arca atau monumen yang bersaiz besar, seperti tugu peringatan dan arca landskap. Segala maklumat dan ilmu yang dicurahkan amat berharga bagi kami yang baru dalam bidang seni. Disamping itu, beliau juga tidak putus memberikan sokongan padu pada para pelajar supaya lebih maju dan Berjaya dalam bidang seni.

GALERI ARTIS, PROF. MADYA. YUSOF GHANI.

Kemudian, para pelajar dibawa melawat ke galeri pelukis terkenal Malaysia, Prof. Madya. Yusof Ghani. Diberi nama ‘Tapak Yusof Ghani’ dan didalamnya mempamerkan koleksi karya-karya beliau yang indah lagi unik. Prof. Yusof Ghani adalah antara artis yang propesional dan dikagumi. Beliau aktif dalam seni catan ‘abstrak painting’. Karya beliau banyak menggunakan warna yang harmoni dan mendamaikan. Selain melihat hasil karya beliau, pelajar juga berpeluang melawat ke studio tempat beliau bekerja. Sesi temuramah telah dijalankan dengan jayanya. Segala keterangan dan ilmu yang diberikan amat berharga bagi para pelajar.


GALERI SHAH ALAM.




Ahli lawatan sempat melawat di ‘Galeri Shah Alam’. Di sini, pelajar dapat melihat pameran contoh karya ‘Bakat Seni Lukis Sezaman’. Dapat dilihat bahawa, generasi muda amat bergiat aktif dalam bidang seni. Pelbagai media dan teknik digunakan dalam penghasilan karya. Para peserta muda ini juga mempunyai bakat dan idea kreatif yang tidak kurang hebatnya.

STUDIO ARTIS AHMAD SHUKRI DAN UMI BAIZURA.





Pelajar juga diberi peluag melawat studio artis Ahmad Shukri bersama isteri Umi Baizura, juga seorag artis seramik. Sesi temuramah bersama artis dijalankan dengan jayanya selama 1 jam. Para pelajar berpeluang melihat pameran karya lukisan dan seramik. Juga berpeluang melawat ke studio tempat beliau meghasilkan karya.

STUDIO ARTIS PROF. ZULKIFLI YUSOFF.

Destinasi terakhir bagi lawatan kali ini adalah ke studio dan tempat tinggal artis Prof. Zulkifli Yusoff. Beliau juga adalah antara artis yang dikagumi dan menjadi idola bagi para pelajar seni. Karya yang dihasilkan banyak meggunakan teknik cetakan iaitu ‘print making dan silkscreen’. Juga menghasilkan ‘abstrak painting’. Sesi temuramah dan taklimat dijalankan selama 1 jam. Walaupun tidak mengambil masa yang lama, namun segala maklumat dan ilmu yang dicurahkan adalah amat berharga bagi para pelajar.

Secara keseluruhan, lawatan ini berjalan dengan lancar dan baik. Pengalaman dan pengetahuan yang diperolehi amat bermakna pada setiap pelajar. Juga dengan lawatan ini, dapat mengeratkan hubungan ilmu yang baik antara pensyarah dan pelajar. Disamping itu, para pelajar berpengalaman menghayati nilai dan estetik dalam sesebuah kayra seni. Justeru itu, dengan lawatan ilmiah ini, para pelajar lebih berpotensi dan maju dalam menghasilkan karya yang hebat, seterusnya dapat menaikkan nama seni lukis Negara.

Laporan disediakan oleh: 27 Julai 2010

SITI UMAIRA BINTI ROSLEE

MOHD FIRDAUS BIN HASSAN BASRI

Wakil SD5A & SD5B, FSSR UiTM Perak.

No comments:

Post a Comment