Monday, December 17, 2012

Pendidikan Seni di Peringkat Sekolah

          Beberapa tahun kebelakangan ini berbagai pihak yang bergiat dalam pendidikan seni visual samada secara individu mahupun dalam sesebuah institusi, kerajaan dan badan bukan kerajaan berusaha dengan pelbagai pendekatan dan kaedah untuk meletakkan mata pelajaran pendidikan seni visual ini ke atas landasan yang benar agar martabatnya selari dengan mata pelajaran sekolah yang lain. Dalam usaha ke arah itu beberapa isu yang bersangkutan dengan keberkesanan mata pelajaran ini perlu di jelaskan.
          Sebagai contoh, “Art Education” kini kita panggil Dunia Seni Visual iaitu selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bagi menaik taraf mutu dan prestasi pendidikan negara standing dengan negara membangun.  Oleh itu kita perlu menjelaskan apakah yang dimaksudkan dengan obkjektif sebenar mata pelajaran ini. Kerana sehingga kini dari pengamatan dan kajian yang telah dilakukan terhadap beberapa sekolah rendah di kawasan perak tengah, masih terdapat pelbagai tanggapan dan tafsiran tentang pendidikan seni ini samada tangapan yang berbentuk positif mahupun negatif. Ini kerana apabila menyebut sahaja tentang pelajaran pendidikan seni ada yang beranggapan bahawa ianya sebagai suatu aktiviti seni yang merangkumi kegiatan melukis dan membuat gambar. Ada setengah pihak pula beranggapan pendidikan seni ini menjurus kepada kerja-kerja menghasilkan produk kraf. Ada juga yang beranggapan pendidikan seni visual kini lebih berbentuk akademik yang lebih kepada bidang sejarah iaitu berkaitan tradisi sesetengah masyarakat dan juga apresiasi seni.
          Oleh itu, kesamaran ini perlulah dijelaskan dengan sebaik mungkin.  Ini kerana setiap bidang ilmu itu mempunyai falsafah dan struktur ilmu yang khusus dan menjurus kepada matlamat yang berlainan. Sekiranya pemikiran dan keparcayaan yang masih bercelaru ini tidak dijelaskan bagaimana seorang guru itu dapat mendukung objektif dan matlamat matapelajaran yang mereka ajar. Kesannya guru akan menghadapi masalah dari segi menentukan arah objektif dan matlamat mata pelajaran tersebut dan ianya berubah serta bercangah dengan matlamat yang asal.
          Persoalannya, mengapa ramai yang memandang remeh serta tidak mengendahkan mata pelajaran seni? Seringkali kita mendengar mata pelajaran seni dipertikaikan. Pada hakikatnya mata pelajaran seni sama seperti mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris yang mempunyai kepentingannya tersendiri. Malah ia membantu dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat kini. Ia memberi info atau maklumat, mengembangkan minat serta kretiviti murid dan secara tidak langsung ianya memperluaskan pengalaman dan kemahiran murid itu sendiri.
          Mengapa kita sering berpendapat seseorang itu dilahirkan tidak kreatif? Hakikatnya kreativiti itu boleh dipelajari. Terdapat banyak kerjaya yang berkaitan dengan seni, seperti pengiklanan, arkitek, juruhias dalaman. fotografi, grafik artis, pereka grafik, pelukis komik, animasi kartun,  dan banyak lagi yang ada kaitannya dengan cabang-cabang seni. Kemahiran berfikir secara abstrak akan banyak membantu dalam kehidupan. Seni juga bukan setakat terbatas pada seni visual dan lukisan sahaja tetapi ia ada kaitannya dengan objektif dan matlamat dalam pelbagai bidang yang lain serta saling berhubungkait.
          Seni dan sosial mempunyai hubungan simbolik untuk digabungkan sebagai kurikulum intergrasi iaitu memerlukan kefahaman terhadap ilmu kemanusiaan dan pengalaman manusia. Justeru itu, untuk memahami sesuatu masyarakat, kita perlu memahami bagaimana seni mempengaruhi sosial, politik, dan ekonomi sesuatu masyarakat tidak kira dari bentuk positif mahupun negatif.
          Selaian daripada itu, pelajaran pendidikan seni di peringkat sekolah rendah ini lebih merupakan suatu proses untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan menyeluruh murid. Landasan pelajaran ini adalah berlandaskan teori perkembangan. dan pendidikan seni kepada murid adalah lebih kepada keperluan eksprasif, di samping mereka perlu untuk meningkat domain kognitif, afaktif dan psikomotor mereka. Ianya banyak menyentuh tentang aspek psikologi perkembangan. Oleh itu guru-guru pendidikan seni perlulah benar-benar terlatih dalam bidang ini.
           Persoalan seterusnya adalah sejauh manakah latihan yang telah dilalui oleh guru-guru seni ini. Adakah hal tersebut merupakan fokus latihan bagi kursus pendidikan seni untuk bakal guru sekolah rendah?“Siapa saja boleh mengajar Pendidikan Seni”, Pendidikan Seni pelajaran yang tidak ada potensi”. Ini merupakan permasalahan yang sering menjadi isu dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni di sekolah. Dimana mereke sering kali beranggapan sesiapa sahaja boleh mengajar pendidikan seni, pendidikan seni merupakan waktu untuk guru-guru “berehat” setelah penat mengajar mata pelajaran lain yang “lebih berat”. Adakah ini benar? Selagi tanggapan ini tidak dibetulkan selagi itulah mata pelajaran seni ini beransur lenyap dari pandangan positif masyarakat sekolah. Kerana tanggapan inilah menjadikan pelajaran ini semakin sehari semakin dipinggirkan oleh masyarakat. Malahan ada kalangan guru yang pernah terlatih dalam pendidikan seni merasa malu mengajar pelajaran ini, mereka lebih rela mengajar pendidikan jasmani, dan pelajaran lain yang mempunyai banyak potensi.
          Hakikatnya guru-guru seperti ini tidak memahami objektif dan matlamat sebenar pendidikan seni ini. Selagi mata pelajaran ini diajar oleh mereka yang tidak terlatih dan tidak inovatif serta kreatif dalam menyediakan pelajaran maka selagi itulah konsep serta matlamat mata pelajaran pendidikan seni ini tidak akan hidup di dalam semangat pelajar. Selama itulah pelajar juga akan memandang sepi mata pelajaran pendidikan seni ini.
          Apa yang manakutkan kita adalah, selepas sahaja murid-murid mengikuti kelas mata pelajaran seni ini, apa yang mereka perolehi? Pentingkah mata pelajaran seni ini? Apakah pengalaman yang mereka lalui serta kemahiran yang mereka perolehi ini dapat membantu dalam kehidupan mendatang? Untuk menjawab persoalan-persoalan di atas, kita boleh jadikan objektif dan matlamat pendidikan seni sebangai landasan ukuran. Disini kita akan dapat menilai betapa pentingnya seseorang guru itu harus memahami objektif dan matlamat sebenar mata pelajaran seni ini.
       Kemudiannya, kita perlu menilai semula bagaimana usaha kita menyusun atur isi kandungan mata pelajaran ini secara berperingkat-peringkat mulai daripada tahun satu sekolah rendah hinggalah ke tahap yang teratas. Selain daripada itu juga, sudah sampai masanya mata pelajaran seni ini harus memiliki buku rujukan atau sekurang-kurangnya ada buku panduan. Jika dilihat masa kini, kita kekurangan buku ataupun bahan rujukan yang diperlukan oleh murid terutasma sekali bagi murid sekolah rendah. Berbeza dengan mata pelajaran yang lain, di kedai-kedia buku terpapar pelbagai jenis buku yang bermacam-macam corak, rupa serta penerbitnya. Seolah-olah setiap penerbit saling berlawan untuk menghasilkan buku yang berkualiti. Tetapi apa yang terjadi bagi buku rujukan untuk mata pelajaran seni?
          Perkara ini berbalik semula kepada isu yang di atas iaitu bergantung kepada keupayaan guru menterjemah isi kandungan ke dalam bentuk operasi dalam proses pelajaran dan pengajaran di bilik darjah. Bukan sekadar itu sahaja, sebagai mata pelajaran yang tertakluk di dalam sistem persekolahan segala keperluan asas dari segi infrastruktur perlulah diberi perhatian. Sudah sampai masanya setiap sekolah memiliki sekurang-kurangnya satu bilik seni yang lengkap sama seperti pelajaran Kemahiran Hidup, Sains Rumahtangga atau mata pelajaran Sains.
          Akhir sekali, hanya guru yang layak sahaja boleh mengajar mata pelajaran ini. Ini kerana mata pelajaran seni ini memerlukan golongan yang mempunyai kepakaran dari segi pendidikan, pengalaman serta kebolehan yang berkaitan dengan bidang seni. Ianya bukan sekadar hanya pada minat bahkan pengalaman guru yang sering berkecimpung dalam industri seni seperti sering berpameran, aktif dalam aktiviti social dan juga kreatif dalam menyelesaikan masalah adalah sangat membantu melahirkan murid yang lebih, kraetif, inovatif dan berdaya saing serta dapat memenuhi hasrat dan impain negara berpandukan landasannya.


          Jika dilihat secara keseluruhannya, banyak permasalah dan persoalan yang timbul berkaitan pendidikan seni visual diperingkat sekolah rendah. Walaupun telah banyak usaha dan kaedah yang telah diperbaharui dan dijalankan oleh kerajaan dan juga badan bukan kerajaan. Sedar mahupun tidak, hakikatnya pemikiran ataupun kepercayaan masyarakat di Malaysia ini memang susah untuk diubah. Hakikatnya seni memainkan peranan yang sangat penting dalam dunia pendidikan kita. Sewajarnya seni tidak dianggap sebagai satu mata pelajaran yang tiada kepentingan dalam dunia pendidikan.
          Sejarah telah membuktikan bahawa seni telah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan ketamadunan manusia. Sebagai contoh, kebangkitan masyarakat Rusia yang telah di serang oleh tentera Nazi Jerman dalam perang dunia ke-2 pada tahun 1940-1945, apa yang membuatkan masyarakat ketika itu kembali pulih adalah pentadbiran mereka menaik taraf sistem budaya dan kesenian bagi membaik pulih semangat masyarakat mereka dalam mengharungi kehidupan mendatang. Ianya berlaku juga kepada masyarakat di negara Jepun melalui serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki oleh Amerika Syarikat pada 6 Ogos 1945. Dimana ketika itu telah mengorbankan sebanyak 140,000 orang di Hiroshima dan 80,000 di Nagasaki. Sejak itu, ribuan telah tewas akibat luka atau sakit yang berhubungan dengan radiasi yang dikeluarkan oleh bom atom tersebut. Untuk memulihkan semangat masyarakat mereka ketika itu, sistem budaya dan kesenian telah memainkan peranan yang sangat penting bagi membaik pulih semangat mereka. Untuk mengenali bangsa yang berjaya kita haruslah mengenali budaya kesenian mereka terdahulu yang selari dengan perkembangan teknologinya. Justeru itu seni memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dan pembangunan negara kita hari ini dan mendatang.
           Walaubagaimanapun usaha untuk mengemaskini kualiti sukatan pelajaran dari peringkat sekolah rendah hingga ke peringkat SPM dan STPM telah dan sedang dilakukan. Usaha ini dilakukan dengan melibatkan wakil-wakil dari semua peringkat sistem pendidikan negara kita. Pernyataan falsafah, matlamat dan objektifnya telah jelas. Isi kandung pelajaran dan ruang lingkupnya telah dinyatakan selaras dengan tahap sukatan pelajaran. Dengan harapan agar mata pelajaran pendidikan seni dapat memenuhi harsat wawasan dan falsafah pendidikan kebangsaan, dalam usaha untuk memberi persediaan kepada generasi muda dengan ilmu, nilai dan kemahiran kepada generasi muda dengan personaliti sebagai rakyat Malaysia yang cemerlang untuk generasi akan dating.
          Ini adalah harapannya, manakala realitinya kita haruslah sama-sama membuat sedikit renungan. Sejauh manakah guru atau kita sebagai pendidik telah melaksanakan peranan masing-masing untuk merealisasikan harapan itu. Sejauh manakah kita telah meletakkan kualiti pengajaran kita dengan menguasai dan mengamalkan beberapa pendekatan sesuai untuk sesuatu matlamat pengajaran, supaya pelajaran pendidikan seni itu benar-benar berkualiti, menarik dan bermakna dari perspektif murid termasuk daripada isu-isu yang telah dibangkitkan, mungkin kita perlu mengambil langkah untuk memperbaiki bersama-sama dengan memberi pandangan dan idea dalam seminar atau perbincangan yang amat perlu diadakan dengan lebih kerap lagi ataupun melalui kelompok perbincangan yang lebih kecil. Dengan harapan kita dapat memartabatkan pelajaran pendidikan seni visual ini.
          Diharapkan melalui pendidikan seni ini akan melahirkan individu yang berkeyakinan, baik hati dari aspek ekspresi mahupun tindakbalas di samping dapat mempertahankan warisan budaya dalam kontaks sosial di mana sesuatu masyarakat dapat berhubung dengan yakin melalui kegiatan seni ini. Seni dan falsafah menjadi faktor terpenting dalam masyarakat. Ia saling memerlukan antara satu sama lain. Menyokong pendapat yang mengatakan bahawa  seni sebagai agen perubahan masyarakat. Perkembangan seni yang berlaku dalam sesuatu masyarakat itu juga sebenarnya adalah hasil hubungan dan kepentingan bersama.

Tuesday, August 14, 2012

SENI ARCA DI MALAYSIA


Jika dilihat dalam konteks seni sezaman kini, seni arca sudah memiliki kedudukannya yang tersendiri. Walaubagaimanapun, bagi saya pembangunan seni arca kontemporari jarang diperkatakan ataupun ditulis berbanding dengan seni catan. Hal ini merupakan antara sebab mengapa bidang seni arca tidak begitu popular sama ada di peringkat awal perkembangan seni di Malaysia mahupun di peringkat seni dunia.

Antara faktor yang melambatkan pembangunan seni arca kontemporari adalah disebabkan perkembangan sejarah seni yang lazimnya dilihat dari sudut sejarah seni catan sahaja. Di samping itu, nilai-nilai estetik serta kriteria-kriteria kritikan tentang seni juga disasarkan hanya pada seni catan, bukannya seni arca. Manakala galeri, penulisan serta penaja atau penaung yang berfungsi bagi menyokong perkembangan seni juga lebih cenderung kepada seni catan. Bagi saya fenomena sebegini membuatkan seni arca kontemporari lambat mencapai kemuncak dalam kedudukannya meskipun dari sudut sejarah seni dunia, seni arca merupakan salah satu bidang kesenian yang terpenting dalam perkembangan seni.

 Walau bagaimanapun merujuk kepada buku ‘Modern Art Malaysia’(2001:65) yang ditulis oleh Muliyadi Mahmood, seni arca menjadi tidak popular dan sempit. Ia sering kali dikaitkan dengan patung-patung penyembahan yang ternyata bercanggah dengan agama islam. Dimana agama islam menjadi agama rasmi bagi Negara Malaysia. Perhubungan seni arca dengan unsur-unsur keagamaan seperti inilah sering kali menimbulkan tanggapan-tanggapan negatif daripada masyarakat terutama sekali bagi penganut agama islam.[1]

Dalam konteks seni kontemporari Malaysia, kekurangan pembangunan seni arca sering kali dikaitkan dengan latar belakang agama dan budaya. TK Sabapathy dalam kajian menulis bahawa:[2]

“Ketiadaan satu tradisi dalam seni tampak dan plastik di negara ini sebelum kurun ke-20 dapat dikatakan kerana latar belakang keislamannya dan kerana ikatanya yang kuat pada tradisi budaya pertukangan. Tradisi islam yang menolak gambaran berikonografi dapat mengesahkan amalan historikal yang lebih lazim iaitu gambaran lambang-lambang dalam tradisi-tradisi pertukangan. Walaupun keadan ini telah menjamin dan telah mengekal kewujudan satu tradisi pertukangan tangan yang sofistikated, ia tidak pula memupuk satu tradisi seni catan dan arca”

(Seni Lukis Morden Malaysia,

Kisah satu pencarian 1930 – 1973,Sabaphaty 1976)



Walaubagaimanapun. kita tidak boleh menyalahkan seni tradisi yang megakibatkan kelewatan perkembangan seni arca. Seni tradisi seperti seni ukiran melayu sememangnya memiliki keistimewaanya yang tersendiri. Seni ini menggambarkan budaya masyarakat melayu serta menyalurkan nilai-nilai agama dan kepercayaan masyarakat melayu. Ianya bukan sekadar bersifat seni pertukangan semata-mata. Hakikatnya unsur-unsur kesenian tradisi ini turut membantu dalam proses pembangunan seni moden tempatan.

Selain daripada seni tradisi menjadi punca kelewatan perkembangan seni arca, faktor agama juga disalah ertikan dimana agama Islam menjadi agama rasmi bagi Negara Malaysia. Dikatakan agama Islam menolak karya-karya berbentuk fugura manusia yang seakan-akan patung-patung penyembahan yang ternyata bercanggah dengan hukum Islam. Sejauh manakah kebenaran ini?

Sebagai contoh Raja Shariman yang merupakan salah satu pengarca terkenal di Malaysia. Beliau menggunakan unsur figura manusia dalam menghasilkan karyanya. Beliau telah banyak menerima kritikan yang negatif kerana beliau merupakan penganut agama Islam. Hasil karya beliau sering dikaitkan dengan penghasilan patung-patung penyembahan. Walaubagaimanapun, beliau tetap dengan pendiriannya meghasilkan karya berbentuk figura manusia. Sehinggalah beliau menghasilkan arca siri bertajuk Nafas yang bertujuan untuk menolak tanggapan negatif masyarakat terhadap dirinya.

“Saya menghasilkan karya bertitik-tolak daripada rasa berahi menyelongkar pencarian hakikat diri, kesedaran kendiri. Turut menggariskan kerja-kerja seni atas dasar cantik dan iman, estetik yang bermatlamatkan mengenal diri insan yang kadag-kala menimbulkan syath”

(Raja Shariman,

Nafas, Balai Seni Lukis Negara, 2004)


Karya beliau sebenarnya merupakan rentetan daripada unsur seni mempertahankan diri iaitu Seni Silat.  Seni ini diamalkan oleh masyarakat melayu dulu-kala. Seni silat ini merupakan pemacu semangat serta tunggak perpaduan masyarakat melayu dan secara tidak langsung menyedarkan kita tentang asal-usul sebenar masyarakat melayu. Beliau turut menekankan tentang unsur seni iaitu unsur garisan yang digunakan bagi membentuk figura manusia dalam keadaan bersilat. Ianya membantu menjadikan karya beliau sebagai sebuah karya yang mempunyai nilai estetik yang cukup sempurna.



[1] Muliyadi mahmod. (2001). Modern Art Malaysia. Malaysia. Utusan publication & Distributors Sdn Bhd         

[2] Muliyadi mahmod. (2001). Modern Art Malaysia. Malaysia. Utusan publication & Distributors Sdn Bhd         

Tuesday, July 24, 2012

SESI KRITIK - FINAL DIPLOMA (JUN-OKT 2012)

Sebelum pelajar-pelajar dikerah untuk menghasilkan karya akhir, kebiasaanya pelajar-pelajar diberi task untuk meghasilkan beberapa lakaran idea yang berkaitan dengan subjek pilihan mereka. dalam lakaran ini menitik beratkan tentang prinsip dan elemen yang terdapat dalam seni reka.




Pada 20 Julai 2012 yang lalu, Jabatan seni Halus telah mengadakan sesi kritik buat kali kedua bersama pelajar-pelajar semester akhir Jun-Okt 2012. Antara tenaga pelajar yang terlibat seperti En Daud, En Hamdan, En Zainon, En Aznan, En Suhaimi, En Ishak, En Hijjaz, Cik Anas, Cik Suraya dan juga Cik Aimi. Kesemua tenaga pengajar membuat perbincangan bersama-sama bagi menilai tahap serta potensi pelajar-pelajar untuk menghasilkan karya akhir.



Selain daripada itu, tenaga pengajar juga turut memberikan pandangan serta pendapat kepada pelajar-pelajar dalam menghasilkan karya yang lebih baik mengikut idea masing-masing. Berbeza dengan sebelumnya, jumlah pelajar bagi semester ini lebih ramai iaitu lebih kurang 80 orang keseluruhannya. Oleh itu pelbagai idea dan pendapat yang diluahkan oleh para pelajar melalui lakaran idea mereka.


Pada semester ini, tema yang telah ditetapkan adalah berkaitan dengan 'My Self' ataupun 'Personal Subjek'. Oleh itu para pelajar haruslah menghasilkan karya yang berkaitan dengan tema ini mengikut kreativiti masing-masing. Antara karya yang para pelajar perlu hasilkan adalah karya yang berbentuk 2D dan juga 3D iaitu karya catan, cetakan dan juga arca.


Para pensyarah sedang berbincang berkaitan lakaran idea pelajar




Antara pelajar-pelajar yang terlibat dalam sesi kritik



Salah seorang pensyarah sedang memberi penerangan kepada pelajar-pelajar



Antara hasil kerja para pelajar




Potret seorang wanita tua yang dihasilkan oleh salah seorang pelajar Jabatan Seni Halus



Salah seorang pensyarah sedang meneliti lakaran idea para pelajar




Thursday, March 15, 2012

Arca Besi

Karya-karya ini merupakan karya akhir bagi pelajar-pelajar semester 04. Dimana mereka perlu menghasilkan sebuah arca besi mengikut idea masing-masing. Dalam subjek arca ini merupakan kesinambungan daripada subjek sebelumnya dengan memberi penekanan kepada masalah ruang serta memberi penumpuan kepada masalah pembinaan dalam membuat arca dengan menggunakan teknik kimpalan.




Secara tidak langsung pelajar-pelajar dapat mengenal pasti elemen-elemen dan prinsip dalam rekaan. Selain itu juga, mereka dapat mentafsir apa yang dikatakan dengan konsep bentuk, ruang dan nilai-nilai dalam proses membuat sesuatu karya yang berbentuk tiga dimensi.














Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat....:-)













Friday, November 25, 2011

Galeri Seni

Galeri seni itu adalah sebuah tempat dimana pengkarya seni berkumpul dan berhimpun untuk mempamerkan karya-karya mereka. Selain daripada itu, galeri seni juga berfungsi sebagai tempat untuk mereka merungkai persoalan-persoalan berkenaan pemikiran seni itu sendiri. Contohnya mengadakan aktiviti seperti pameran berserta forum, bicara seni, perbahasan seni dan sebagainya dengan tujuan untuk mewujudkan komunikasi dalam merungkai makna yang terdapat pada sesebuah karya yang dihasilkan. Secara tidak langsung, galeri seni ini menjadi salah satu tempat koleksi serta rujukan bagi karya-karya seni yang bagus dan ternama.


Sebagai contoh Balai Seni Visual Negara (BSVN) telah mengumpul karya-karya pelukis tempatan dan antarabangsa sejak 1985 lagi. Balai Seni Visual Negara (BSVN) berhasrat untuk mempamerkan semula koleksi-koleksi yang penting dalam himpunannya sebagai rujukan dan tatapan umum. Contohnya koleksi karya seni yang berbentuk konsepsual, iaitu suatu persembahan bentuk seni yang menekankan pada persoalan konsep dan idea dalam pengkaryaan. Seni konseptual juga adalah seni dimana konsep dan idea yang dibawa dalam pengkaryaan itu diberi keutamaan daripada tradisi estetik dan material.




Redza Piyadasa
Model
1978


“Pemahaman umum yang paling popular tentang Seni Konseptual adalah bahawa seniman adalah ‘pencipta makna’ dan bukannya seorang ‘tukang’.”


Peter Goldie & Elisabet Schellekens




“Like Marcel Duchamp, the conceptualist believed in ideas more than objects, and their chosen was to investigate systems of information ant theories of knowledge and perception.”


Bruce D. Kurtz



“Conceptualists used aspects of semiotic, feminism and popular culture to create works that barely resembled tradition art objects. What the viewer saw in the artist’s thinking, especially in the case of linguistic work that assumed the form of words on a wall.”


Atkins, R







Nirajan Rajah
Telinga Keling
1999




“Dalam proses membina kembali definisi pembikinan seni (art-making) dan apresiasi seni dalam hal-hal utama proses intelektual, banyak seniman yang bergerak dalam paradigm konseptual sangat cenderung kepada perdebatan dan dunia falsafah. Kebayakan seni konseptual bahkannya membuat pengisytiharan yang mendakwa bahawa seni konseptual dan falsafah berada dalam ruang lingkup yang sama.”


Fuad Arif






Redza Piyadasa
The Great Malaysia Landscape
972

Thursday, October 20, 2011

PAMERAN DIPLOMA (06) JABATAN SENI HALUS

Ini merupakan karya Syed Mustafa Bin Syed Mahmod. Karya beliau adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri dan ingin berkongsi pengalaman mengenai keunikan seni silat. Dengan itu terhasilah karya seperti lukisan serta arca ini yang menepati ciri-ciri kunikan Seni Silat melayu.








Mohamad Faiz Bin Mustaffa menghasilkan karya berdasarkan pengalaman beliau semasa menjalani kehidupan kanak-kanak di kampung. Bagi beliau, banyak nostalgia di kampung yang mengingatkan beliau tentang aktiviti seperti mandi sungai, melaga ikan, tunggang lembu, main guli, panjat pokok dan sebagainya.











Ini pula karya Nur Adila Binti Mohamad Azmi. Karya ini menjurus kepada kajian beliau terhadap perwatakan raja bersiong dari segi metafornya. Beliu menggunakan simbol topeng yang melambangkan hipokrit, penipuan, ketamakan dalam budaya masyarakat melayu sekarang ini.







Manakala ini merupakan karya Mohd Amir Putra bin Samsudin. karya beliau menceritakan tentang pengorbanan orang melayu yang sanggup menyabung nyawa untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Beliau mengambil fenomena di Bukit Kepong sebagai subjek penceritaan untuk menghasilkan karya.













Ini pula adalah karya Mohd Nur Nasrul Bin Shaari. Karya ini berunsurkan imej wanita-wanita melayu 60an yang menyentuh isu sosial. Kehidupan pada era 60an banyak dipengaruhi oleh pelbagai budaya yang sedikit sebanyak telah mencorakkan era 60an tersebut.













Ini merupakan hasil karya dari Rozaidah Binti Khair Johari. Terhasilnya karya ini adalah daripada aplikasi cerita dongeng yang popular di kalangan masyarakat melayu iaitu Puteri Gunung Ledang. Cerita dongeng ini bukan sahaja popular pada golongan dewasa malahan kanak-kanak juga. Beliau mengunakan subjek perempuan berambut panjang bagi menggambarkan puteri gunung ledang dan meggunakan latar belakang gunung-ganang,bunga ros, alunan awan burung sebagai image bantuan.












Karya ini pula berkisarkan tentang ikon kepada masyarakat melayu. Dimana Mohd Norzihan Bin Ramli memilih wajah pahlawan melayu sebagai simbol kepada warisan melayu itu sendiri agar tidak dilupakan asal-usulnya. Bak kata pepatah, takkan melayu hilang didunia








Ini merupakan karya Haryati Binti Mohd sedali yang bercerita mengenai perbuatan santau. Ilmu seperti ini memang terkenal dikalangan masyarakat melayu. Walupun negara sudah maju membangun tetapi masih ramai lagi yang mengamalkan perbuatan seperti itu untuk menjatuhkan seseorang.

















Fatin Aqila Binti Md Noor meghasilkan karya yang mengetengahkan teknik anyaman. Beliau beranggapan teknik anyaman ini merupakan satu seni tradisi masyarakat melayu dan turut menyatakan bahawa teknik anyaman ataupun jalinan ini membawa maksud ikatan kukuh dan kuat. Ini seperti sebuah ikatan perpaduan yang kukuh oleh masyarakat melayu.













Ini adalah karya Farhana Ainhusna Binti Mohd Razali . Ia merupakan sebuah karya yang berkisarkan isu kepercayaan dan perbezaan fahaman serta ideologi dalam kehidupan sosial masyarakat kini yang semakin hari dihakis dengan ideologi luar yang menyerap dalam norma hidup masyarakat tempatan.









Karya ini dihasilkan oleh Faizah Binti Mahadi. Beliau menekankan bahawa batik adalah salah satu hasil seni orang melayu yang semakin mendapat nama di mata dunia. Oleh yang demikian, seni batik haruslah dijaga agar sentiasa kekal sebagai warisan seni orang melayu yang tiada nilainya.











Ini merupakan hasil karya Siti Nur Aishah Binti Hamdan. Hasil karya beliau adalah berkenaan dengan kehidupan masyarakat melayu pada masa kini yang dibelenggu masalah sosial. Penggunaan kad identiti ini menjadi subjek utama dalam penghasilan beliau iaitu memberi sebagai metafor kepada jati diri oarang melayu.













































































































































































































Thursday, June 9, 2011

HASIL KARYA PELAJAR SEMESTER 03

Pelajar Semester 03...(SD3B)




Ini adalah antara karya-karya pelajar semester 03 sesi Dis - Apr...Subject yang dipelajari adalah subjek LUKISAN DAN TEKNIK...Ini antara karya-karya terpilih untuk dimuatkan dalam blog seni halus. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat...









Dalam subjek ini, penggunaan bahan dan teknik tertakluk kepada eksplorasi dan ujukaji yang melibatkan beberapa kaedah. Antaranya adalah mengkaji kesan penggunaan bahan kering dan basah dengan mengambilkira perbezaan dan potensi diantara keduanya...










Objektifnya adalah untuk mengkaji teknik dan penggunaan bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesebuah karya serta menilai potensi kesan tampak antara kedua-dua bahab tersebut. Selain daripada itu, adalah untuk memahami unsur rekaan dengan lebih mendalam bagi mengenali dan meneliti sesuatu subjek secara analitikal. Akhir sekali adalah untuk menilai elemen tampak dengan lebih kritikal disamping membentuk keseimbangan 'psycomoto'.








Disamping mengkaji aspek tersebut, bimbingan bagi menghalusi kemahiran melukis melalui penglihatan juga dititik beratkan. Dalam masa yang sama penuntut didedahkan kepada aspek teknik daripada bahan kering seperti pensil, pastel dan arang. Untuk bahan basah pula adalah penggunaan cat air, dakwat cina, marker, poster dan sebagainya.