Lawatan pada semester ini adalah ke negeri Kedah Darul Aman.
Bermula pada 5 Ogos hinggga 6 Ogos 2009, selama 2 hari 1 malam, semua pelajar semester 5 Seni Halus telah diwajibkan untuk menyertai lawatan ke negeri Kedah Darul Aman.
Para pelajar diarahkan untuk berkumpul di Foyer Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka pada 5 Ogos pada jam 7:45 pagi. Kami mula bertolak dari Universiti pada pukul 8:15 pagi ke destinasi yang dituju iaitu ke Kuala Kangsar. Destinasi pertama kami adalah ke rumah Pengkarya Seni Arca, Raja Shariman. Pensyarah yang mengiringi kami untuk lawatan kali ini adalah Puan Azian Binti Tahir dan Encik Muhamad Hafiz Bin Yahaya.
Pada pukul 10.45 pagi kami tiba ke rumah Raja Shariman Raja Aziddin. Kedatangan kami telah disambut baik oleh beliau. Pada ketika itu, beliau sedang sibuk menghasilkan karya untuk pameran solo beliau di Galari Petronas pada bulan Oktober 2009.
Gambar-gambar karya yang dihasilkan di bengkel beliau
Contoh lakaran arca beliau
Kami telah diberi kesempatan untuk masuki studio beliau, di dalam studio itu terdapat arca-arca yang berasaskan besi dan kami juga berkesempatan melihat lukisan-lukisan dan lakaran-lakaran proses dan perkembangan idea beliau yang sangat menarik.
Sesi soal jawab karya
Selepas melihat karya-karya beliau, kami ingin mengetahui lebih lanjut lagi tentang penghasilan karya-karya tersebut. Oleh itu kami telah mengajukan beberapa soalan kepada beliau dan beliau telah memberi keterangan yang lebih terperinci tentang penghasilan karya.
Sesi demontrasi mengimpal besi
Setelah selesai sesi soal jawab karya dilakukan, pengkarya telah membuat demo untuk menunjukkan cara-cara tentang penghasilan arca besi. Sebelum bermulanya demonstrasi, kami telah diberi sedikit sebanyak penerangan tentang keselamatan apabila berada di dalam bengkel. Selepas itu barulah beliau menunjukkan cara-cara mengetuk, memotong, membentuk dan membakar dengan betul.
Setelah mengetahui sedikit sebanyak cara-cara membuat arca berasaskan besi, catan arca dan lakaran perkembangan idea, kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada beliau yang mana beliau telah sudi memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu kepada kami.
Kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
Pada pukul 12.45 tengah hari, kami sampai ke destinasi ke dua iaitu di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Bukit Batu Pahat, Merbok Kedah Darul Aman.
Ketibaan kami telah disambut baik oleh timbalan kurator muzium tersebut Pn. Nurul. Sebelum kami meninjau di sekitar kawasan bersejarah tersebut, kami telah diberi penerangan dan taklimat tentang sejarah berkaitan dengan pembangunan Lembah Bujang. Terdapat banyak artifak dan fosil yang ditemui disekitar kawasan candi-candi lama yang terdapat di sekitar kawasan lembah tersebut. Muzium ini ditubuhkan pada 23 Januari 1980, Lembah Bujang merupakan satu kawasan peradapan perdagangan yang merangkumi keluasan kawasan sebesar 450 k/m persegi. Selepas kami diberikan taklimat, kami juga diberi peluang untuk menjawab kuis berkaitan tapak bersejarah untuk mengukuhkan lagi pemahaman dan kefahaman kami sepanjang taklimat, pihak muzium juga menyediakan cenderahati bagi pelajar yang berjaya menjawab soalan yang diajukan. Selepas tamat sesi taklimat berkaitan dengan sejarah Lembah Bujang, kami diberi peluang untuk mengambil gambar dan meninjau kitar Muzium Arkeologi.
Antara artifak yang terdapat di Muzium Arkeologi Lembah Bujang
Kami juga berpeluang melihat peninggalan candi-candi lama di sekitar muzium tersebut antaranya seperti Candi Batu Pahat yang paling terkenal di lembah bujang.
Kami juga dikehendaki mengambil gambar-gambar yang berkaitan dengan apa yang kami pelajari sebanyak mungkin untuk dijadikan sebagai rujukan catan, time based, arca dan cetakan. Banyak gambar-gambar objek yang telah kami perolehi selain gambar benaan-benaan lama.
Salah satu candi yang terdapat di persekitaran muzium
Pada pukul 4.45 petang, kami bergerak ke destinasi yang seterusnya iaitu ke hotel penginapan Seri Malaysia. Kami diberi rehat yang secukupnya sehingga esok. Pada pukul 7.05 pagi keesokkan harinya, kami bersarapan pagi dan check out dari hotel Seri Malaysia.
Pukul 9.05 pagi, kami bertolak ke destinasi seterusnya iaitu ke muzium negeri Kedah.
Pada pukul 9.10 pagi, kami tiba di muzium Kedah yang mana kami diberi taklimat oleh petugas En. Suhairi Bin Zubir mewakili muzium tersebut, beliau telah memberi penerangan berkaitan ruang pameran yang terdapat di muzium itu, terdapat beberapa bahagian antaranya ialah ruang perkahwinan, muzik, adat istiadat dan senjata-senjata tradisional yang diguna pakai pada zaman dahulu untuk mempertahankan diri dari cengkaman musuh.
Gambar artifak yang dipamirkan di musium tersebut iaitu acara perkahwinan orang-orang melayu, alat permainan istan dan senjata lama
Pada pukul 10.40 pagi, kami teruskan lawatan ke destinasi yang seterus
nya iaitu di Balai Seni negeri Kedah. Pukul 11.00 pagi kami tiba di Balai Seni Negeri Kedah.
Pintu masuk ke Balai Seni Negeri Kedah
Setibanya kami di Balai Seni Kedah, kami tidak diberi taklimat kerana petugas yang bertugas pada masa itu tidak dapat menghadirkan diri kerana atas sebab-sebab tertentu. Kami juga tidak dibenarkan mengambil gambar semasa berada didalam Balai Seni tersebut. Didalam Balai Seni terdapat beberapa karya-karya artis yamg terulung seperti Shed Ahmad Jamal, Ibrahim Hussein dan ramai lagi.
Pada pukul 11.40 pagi, kami ke destinasi seterusnya iaitu di Muzium Diraja Kedah
Didalam Muzium Diraja Kedah ini terdapat banyak pakaian diraja, pedang-pedang diraja, alatan muzik, tempat beradu diraja dan tempat mainan diraja.
Setelah kami melawat ke Muzium Diraja Kedah, pada pukul 12.15 tengah hari kami diarah untuk terus ke Pekan Rabu iaitu kawasan perniagaan orang-orang Melayu Kedah.
Pekan Rabu
Didalam Pekan Rabu terdapat pelbagai jenis barang-barang keperluan seperti pakaian, kraf tangan, cendera hati, ubat-ubatan, makanan segera dan terdapat juga kedai-kedai makan.
Setelah selesai ke Pekan Rabu, kami berjalan-jalan ke bandar Alor Star untuk mengumpul bahan-bahan yang bersesuian untuk berkarya.
Siri lawatan sekitar bandar
Semasa berjalan-jalan di Bandar kami banyak menangkap gambar-gambar bangunan untuk projek lukisan, time based dan seni cetak.
Pada pukul 1.40 petang, kami ke lawatan yang seterusnya iaitu tempat kelahiran Tun Dr Mahathir.
Di kediaman Tun Dr Mahathir kami sempat melawat rumah kelahiran beliau yang mana didalam rumah beliau terdapat penggunaan teknik print making bagi tujuan tunjuk perasaan menentang 'Malayan Union 1946' dan juga terdapat barang-barang tradisional di persekitaran rumahnya seperti beca lama, basikal tua, lesung padi dan tempayang lama.
Pada pukul 2.45 petang,bergerak ke destinasi seterusnya iaitu di Muzium Padi. Sampai di Muzium Padi pada pukul 3.10 petang.
Setibanya kami di Muzium Padi, kami telah diarahkan dan diberi masa selama dua jam untuk melawat muzium padi kerana kesuntukan masa. Kami diberi tiket masuk sebanyak dua ringgit bagi yang mahu mengambil gambar di dalam Muzium Padi. Ini untuk memudahkan kami untuk mengambil gambar didalam muzium. Apabila semua selesai, mendapatkan tiket kami diarahkan naik ke tingkat atas muzium. Apabila sampai di puncak muzium, kami terpegun melihat catan yang telah dihasilkan disetiap ruang yang ada. Catan yang dihasilkan adalah mengikut pandangan dari atas bukit dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh penduduk kampung di persekitaran, catan ini dihasilkan oleh pelukis-pelukis dari China dan didalam Muzium Padi tersebut terdapat banyak alat-alatan tradisional yang berkaitan dengan penanaman padi.
Pandangan panorama sekitar kawan jelapan padi Malaysia dari kaca mata pengkarya dan alat tradisional penanaman padi.
Pada pukul 5.30 petang kami bertolak pulang ke uitm dan pukul 10.00 malam kami sampai di UiTM Sri Iskandar dengan selamat.
No comments:
Post a Comment