Thursday, April 21, 2011

GALERI PETRONAS, KUALA LUMPUR


Pada 14 hb April yang lalu, Fakulti Seni Lukis Seni Reka megadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Petronas Kuala Lumpur untuk menyaksikan pameran BICARA SIFU & ANTARA BUDAYA. Lawatan ini disertai oleh 15 orang pelajar dari Jabatan Seni Halus dan diiringi oleh 4 orang pensyarah dari jabatan tersebut.



Kami bertolak dari perkarangan Fakulti Seni Halus & Seni Reka tepat jam 1.30 pm dan berhenti di Perhentian Tapah pada pukul 3.14 pm untuk makan dan solat. Setelah itu, kami bergerak semula ke Kuala Lumpur pada pukul 4.00 pm dan kami tiba di KLCC tepat pukul 6.30 pm.



Sebenarnya Bicara Sifu merupakan himpunan 51 buah karya-karya eksperimental yang unik dihasilkan melalui kajian oleh 85 seniman yang juga merupakan pensyarah fakulti rekabentuk dari 9 Institut Pengajian tinggi negeri tempatan seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Kelantan Universiti Teknologi Mara (Kampus Perak) dan Universiti Teknologi Mara (Kampus Machang). Institut-institut ini dikenali umum atas sumbangan mereka dalam industry seni dan rekaan, terutama sekali dalam menghasilkan generasi seniman dan pereka seni yang telah membentuk seni, reka bentuk dan seni bina Malaysia.










GALERI PETRONAS berasa bangga menjadi pengasas kepada pameran seumpama ini yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran masyarakat yang merangkumi penyelidikan berasaskan studio sebagai kategori srtistik baru yang mula berkembang di Malaysia, serta memberikan para seniman dan pereka terlibat dalam satu pentas dialog bagi meluahkan keperihatinan mereka.



Malahan dengan pengalaman luas ahli-ahlinya, sejak lewat 1980-an dan awal 1990-an, kesenian Malaysia misalnya sudah menjadi begitu luas dan majmuk daripada segi bentuk, media dan perkara-perkara yang secara nyata dihasilkan di luar kategori seni tradisional (seperti lukisan, arca dan cetakan). Kesenian Malaysiasudahpun bergerak menjagkaui batas-batas konvensional dengan menggunakan media alternative bahkan menghasilkan karya-karya usahasama yang dapat menyatukan para pengiat seni dari pelbagai bidang kepentingan bagi menyampaikan pandangan tertentu terhadap hakiki.





Pameran ini bermnafaat kepada semua tahap minat khalayak umum, terutama dalam pendidikan seni dan rekabentuk, serta para penuntut seni dan rekabentuk yang mungkin ingin tahu atau diberikan pendedahan yang lebih kusus tentang pembelajaran seni dan rekabentuk oleh pensyarah/seniman/pereka.








Lawatan kami berakhir di sini. Kami bertolak pulang pada pukul 10.00 am dan sampai di UiTM tepat jam 2 am.

Sunday, April 10, 2011

SENI HALUS


Sebenarnya seni berfungsi sebagai ekspresi kendiri. Merujuk kepada buku bertajuk Arts As Experiance oleh John Dewey menyatakan bahawa segala aktiviti dan gerak laku manusia dianggap sebagai meluahkan perasaan.


Ia dianggap sebagai satu tanda emosi yang mungkin boleh difahami atau tidak oleh penonton. Sebelum melakukan sesuatu, kita haruslah berfikir terlebih dahulu. Oleh itu, setiap orang yang berfikir adalah ahli falsafah. Ilmu seni dan Ilmu falsafah saling berinteraksi antara satu sama lain. Kesimpulannya ahli seni adalah ahli falsafah..

(Action + Thinking = Intelectual)





Ilmu falsafah dan seni merupakan satu bidang perbahasan akal yang merangkumi pemikiran dan kreativiti manusia. Dimana ia memperjuangkan isu kemasyarakatan, kepercayaan, keagamaan, kebudayaan, dan politik. Isu-isu inilah yang sedang diperbahaskan oleh sekumpulan pengkarya muda iaitu pelajar-pelajar dari jabatan Seni Halus 06 yang terdiri daripada syawal, azim, daus, cucu, esah, suci, sharil, onye, farah, azree, iryan, hadi, myra, mahir, ira, jeerah, ika, diana, liza, nasie, jehan, wawa, yafig dan acap.






Inilah antara sebahagian karya-karya pelajar Seni Halus Semester 06 yang dapat dipaparkan. Banyak lagi karya-karya yang telah dihasilkan dari cetusan minda, kreativiti dan idea mereka. Ternyata mereka bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah karya yang hebat dan dapat memberi makna kepada yang melihatnya. Ianya bukan sekadar untuk memuaskan hati malahan mengajak kita sama-sama berfikir tentang apa yang ingin disampaikan.






Oleh itu, kami dari warga Seni Halus mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar 06 dalam menghadapi pahit-getir untuk menempuhi penilaian akhir. Semoga anda semua berjaya menghadapi segala cabaran dan dugaan ini, bukan saja pada masa ini bahkan dimasa yang mendatang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda..GOOD LUCK...




Sunday, April 3, 2011

Karya Pelajar Semester 04 (Time Based Media II)


Ini merupakan contoh-contoh hasil karya pelajar semester 04 dalam subjek Time Based Media II. Dalam subjek ini adalah pendedahan awal kepada pelajar untuk memahami dunia reka bentuk. Objektif utama subjek ini adalah untuk memberi penekakan kepada "Kenapa" pelajar mesti memahami dan "mengapa" mesti menggunakan unsur-unsur seni dan reka bentuk dalam tugasan atau projek mereka.





Karya-karya ini merupakan satu olahan komposisi garisan yang menggunakan pelbagai jenis dan kualiti garisan. "Subject Matter" dipilih dari majalah yang mempunyai interior yang telah disahkan oleh pensyarah mereka. Setiap karya haruslah merakam kesan cahaya yang dapat menunjukkan bentuk dengan menggunakan garisan, warna monokromatik dan warna.


garisan , monokromatik dan warna



garisan , monokromatik dan warna



garisan, monokromatik dan warna




garisan, monokromatik dan warna

Tuesday, March 29, 2011

FALSAFAH


Falsafah? Apa yang kita faham tentang falsafah? Mungkin sesetengah orang berpendapat falsafah adalah sesuatu yang sukar ditafsirkan. Ia juga bergantung kepada kefahaman dan ideology seseorang. Ilmu falsafah adalah satu bidang yang melauas, dimana ia merupakan satu bidang perbahasan akal tentang persoalan metafizika dan akhlak. Ianya merangkumi ideology, konsepsual, pemikiran, dan kreativiti. Ilmu falsafah juga memperjuangkan isu kemasyarakatan, isu kepercayaan, keagamaan, dan juga kebudayaan. Falsafah juga dikaitkan dengan ilmu kritis. Makna kritis ini adalah perasaan tidak puas hati. Dimana ianya tidak pernah membiarkan sesuatu persoalan itu sudah selesai, bahkan bersedia untuk diperdebatkan.


Terdapat ramai ahli falsafah terkenal yang lahir pada zaman Greek Klasik, Eropah, Barat, Timur, Asia dan Asia Tenggara. Antaranya Socrates, Plato, Aristotle, St. Agustine, St. Thomas Aquinas, Giorgo Vasari, Joachim Wincklhemann, Karl Marx, Herinch Wolfflin dan ramai lagi. Bidang falsafah telah wujud dalam bentuk teori sejak lama dahulu. Ianya berkembang dan diperdebatkan oleh golongan cerdik pandai dan ianya mulai berkembang sekitar awal abad ke-6 Masihi.



Socrates (469-399 SM)



PENGERTIAN FALSAFAH


Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani iaitu Philos yang membeir erti ‘kecantikan terhadap sesuatu’. Manakala perkataan Sophia pula merujuk kepada makna ‘kebijaksanaan’ atau ‘pengetahuan’ . Oleh itu, perkataan Philosophia bermaksud mencintai akan kebijaksanaan. Dengan kata lain mencintai akan ilmu pengetahuan dan mempunyai kebijaksanaan terhadap sesuatu perkara.


Menurut istilah, falsafah ialah pengetahuan tentang pengertian yang dianggap sebagai ilmu yang tertinggi, yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. (Kamus Dewan, 1996:348)




KEPENTINGAN FALSAFAH


Falsafah adalah merupakan bidang yang sangat meluas dan ia merupakan satu bidang yang mencabar intelektual pemikiran manusia. Ia merupakan satu usaha pembentukan daya pemikiran dan ilmu antara objektif dan subjektif.segala pemikiran dan cabang falsafah ini adalah bersumberkan ilmu pengetahuan dan untuk mencapainya kita haruslah bersedia untuk menguasai ilmu pemikiran itu. Bidang ini berperanan mencari jawapan samada jawapan itu tidak memadai atau jawapan yang benar-benar berdasarkan bukti yang kukuh.


Penkajian falsafah lebih menjurus kepada pemahaman tentang kejadian sesuatu objek dari sudut kejadiannya yang mutlak. Sebagai contoh, siapa penciptanya?Ia wujud dan ada pencipta. Kemudian akan timbul persoalan seterusnya iaitu mengapa ia wujud? Memahami falsafah terciptanya air dan sifatnya bukan sekadar satu objek yang boleh diminum. Mengkaji sifatnya yang boleh mengalir dan ia juga boleh mengeras menjadi ais dan akhirnya ia boleh bersifat gas iaitu menjadi udara. Bagaimanakah ianya berlaku dan mengapakah?Dimana ilmu falsafah ini menuntut kita untuk memahami akan makna yang tersurat dan tersirat.




Plato (427- 347 SM)



Terdapat empat mazhab yang dikatakan penting dalam kehidupan manusia. Antaranya ialah Idealism, Realism, Pragmatism, Eksistensionalism. Idealism dan realism dikategorikan sebagai falsafah traditional kerana mempunyai pandangan yang sama iaitu matlamat adalah tetap dan dibentuk oleh kuasa autoriti. Manakala Pragmatism dan Eksistensionalism pula dikategorikan kepada falsafah moden kerana kedua-duanya mempunyai pandangan dimana cara dan matlamat adalah pada dimensi yang sama.


Konsep idealism mengatakan bahawa jiwa adalah penting dalam kehidupan dan alam sejagat ini bukanlah kebendaan. Manakala konsep realism pula mengatakan alam kebendaan dan fizikal adalah reality, apa jua yang diluar dalam fizikal (fikiran) tidak dianggap sebagai reality. Seterusnya konsep pragmatism mengatakan spekulasi mengenai reality adalah aktiviti yang tidak berguna manakal pengalaman manusia itu adalah lebih berguna. Dan akhir sekali adalah konsep eksistensionalism mengatakan bahawa manusia bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan membuat keputusan yang bebas dari norma-norma kehidupan.



Aristotle (384-322 SM)


Thursday, March 3, 2011

TAHUKAH ANDA?

Venus of Willendrof, 25,000 BC, Austria

Untuk pengetahuan semua, Venus of willendrof merupakan arca terawal yang telah dijumpai oleh pakar arkeologi barat. Arca ini dijumpai di Austria kira-kira 25,000 BC lagi. Menurut kajian, arca yang berukuran 4 ¼ - 5 inci ini diperbuat daripada batu kapur dan ianya bersifat free standing. Dari segi kontek sejarah pula, arca ini dikaitkan dengan semangat kekuasaan golongan wanita pada waktu itu yang dikatakan symbol kepada kesuburan “Dewi Kesuburan”. Arca ini dihasilkan dengan keadaan yang dilebih-lebihkan pada bahagian dada dan punggung. Mengapakah ianya terjadi? Bagaimanakah arca sebegini boleh terhasil?

Menurut kajian Pro. Ramachandran dari Universiti California, San Diego, apa yang mendorong masyarakat pada zaman itu untuk menghasilkan arca-arca yang sedemikian adalah berkait rapat dengan “brain of human”. Iaitu keinginan manusia itu sendiri yang mahukan sesuatu perkara yang berlebihan dan mengagungkan wanita. Menganggap wanita adalah tuhan “Dewi Kesuburan”, diamana ia dikaitkan dengan kepercayaan masyarakat pada ketika itu.

Monday, January 31, 2011

APA ITU LUKISAN


Lukisan adalah sesuatu yang dapat dilihat di depan mata. Ia termasuklah lukisan landskap, figura manusia, portrait dan sebagainya. Ianya merupakan sebahagian daripada kehidupan seharian kita.

Ada yang mengatakan bahawa membuat lukisan adalah lebih mudah daripada bermain piano. Ini adalah kerana muzik adalah sesuatu seni atau karya yang natural. Manakala lukisan pula kita akan dapat melihat apa yang ingin digambarkan seseorang artist itu dalam karyanya. Secara tidak langsung ia akan mengajak kita berfikir bersama tentang apa yang ingin disampaikan.



Menurut Ronald Pearsall lukisan merupakan satu persembahan objek atau bentuk yang dihasilkan melalui beberapa elimen antaranya ialah line, space, texture, form dan color. Dalam konsep seni lukis terdapat empat jenis lukisan :

  1. Mencuba untuk menghasilkan sesuatu objek atau benda yang dapat dilihat atau yang berada di depan mata.

  2. Mencuba untuk melukis sesuatu yang datang dari pengalaman atau sesuatu perkara yang diingat melalui daya ingatan yang kuat.

  3. Mencuba melukis dengan meniru daripada medium yang lain.

  4. Mencuba untuk mengkreat atau menghasilkan sesuatu daripada daya imaginasi atau daya pemikiran.


Selain itu Ronald Pearsall turut menyenaraikan pelbagai medium yang digunakan dalam menghasilkan sesuatu lukisan. Antaranya ialah pensil atau pen, charcoal, crayon. Selain itu juga kita juga boleh melukis dengan menggunakan teknik etching yang dapat dilukis di atas metal ataupun teknik lithography iaitu melukis di atas stone. Kita juga dapat melukis dengan menggunakn sesuatu bahan yang lembut atau mudah melentur contohnya berus.


Salas satu karya yang terhasil menggunakan teknik etching




Thursday, January 27, 2011

MAJLIS RAMAH MESRA NAIB CANSELOR UiTM BERSAMA WARGA UiTM PERAK



Hari ini merupakan hari yang bersejarah untuk semua warga UiTM perak kerana kampus kita telah dikunjungi oleh Naib canselor UiTM iaitu

Y. Bhg. Dato ‘ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar.

Apa yang lebih membanggakan lagi adalah, kampus UiTM perak merupakan kampus cawangan pertama yang dikunjungi oleh Dato dan warga UiTM perak amat berbesar hati diatas kesudian serta keperihatinan beliau untuk bersama-sama menjayakan pogram beramah mesra ini.



Selain daripada tujuan untuk beramah mesra bersama warga UiTM perak, majlis ini diadakan adalah untuk menyambut ulang tahun Y. Bhg. Dato ‘ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar. Sedikit acara telah disediakan oleh pihak UiTM perak bagi memeriahkan lagi majlis ini iaitu acara memotong pulut kuning.



Pulut kuning merupakan makanan kegemaran Y. Bhg. Dato ‘ Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar. Oleh itu dengan berbesar hatinya kami iaitu warga UiTM perak menyediakan pulut kuning dan beberapa hadiah lain sebagai tanda penghargaan dan sentiasa mendoakan Dato dimurahkan rezeki, kesihatan serta minda yang sihat untuk memimpin kami warga UiTM kearah yang lebih maju dan membanggakan suatu hari nanti...insyallah...