Thursday, April 21, 2011

GALERI PETRONAS, KUALA LUMPUR


Pada 14 hb April yang lalu, Fakulti Seni Lukis Seni Reka megadakan lawatan sambil belajar ke Galeri Petronas Kuala Lumpur untuk menyaksikan pameran BICARA SIFU & ANTARA BUDAYA. Lawatan ini disertai oleh 15 orang pelajar dari Jabatan Seni Halus dan diiringi oleh 4 orang pensyarah dari jabatan tersebut.



Kami bertolak dari perkarangan Fakulti Seni Halus & Seni Reka tepat jam 1.30 pm dan berhenti di Perhentian Tapah pada pukul 3.14 pm untuk makan dan solat. Setelah itu, kami bergerak semula ke Kuala Lumpur pada pukul 4.00 pm dan kami tiba di KLCC tepat pukul 6.30 pm.



Sebenarnya Bicara Sifu merupakan himpunan 51 buah karya-karya eksperimental yang unik dihasilkan melalui kajian oleh 85 seniman yang juga merupakan pensyarah fakulti rekabentuk dari 9 Institut Pengajian tinggi negeri tempatan seperti Universiti Teknologi Mara, Universiti Islam Antarabangsa, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Kelantan Universiti Teknologi Mara (Kampus Perak) dan Universiti Teknologi Mara (Kampus Machang). Institut-institut ini dikenali umum atas sumbangan mereka dalam industry seni dan rekaan, terutama sekali dalam menghasilkan generasi seniman dan pereka seni yang telah membentuk seni, reka bentuk dan seni bina Malaysia.










GALERI PETRONAS berasa bangga menjadi pengasas kepada pameran seumpama ini yang bertujuan untuk membangkitkan kesedaran masyarakat yang merangkumi penyelidikan berasaskan studio sebagai kategori srtistik baru yang mula berkembang di Malaysia, serta memberikan para seniman dan pereka terlibat dalam satu pentas dialog bagi meluahkan keperihatinan mereka.



Malahan dengan pengalaman luas ahli-ahlinya, sejak lewat 1980-an dan awal 1990-an, kesenian Malaysia misalnya sudah menjadi begitu luas dan majmuk daripada segi bentuk, media dan perkara-perkara yang secara nyata dihasilkan di luar kategori seni tradisional (seperti lukisan, arca dan cetakan). Kesenian Malaysiasudahpun bergerak menjagkaui batas-batas konvensional dengan menggunakan media alternative bahkan menghasilkan karya-karya usahasama yang dapat menyatukan para pengiat seni dari pelbagai bidang kepentingan bagi menyampaikan pandangan tertentu terhadap hakiki.





Pameran ini bermnafaat kepada semua tahap minat khalayak umum, terutama dalam pendidikan seni dan rekabentuk, serta para penuntut seni dan rekabentuk yang mungkin ingin tahu atau diberikan pendedahan yang lebih kusus tentang pembelajaran seni dan rekabentuk oleh pensyarah/seniman/pereka.








Lawatan kami berakhir di sini. Kami bertolak pulang pada pukul 10.00 am dan sampai di UiTM tepat jam 2 am.

Sunday, April 10, 2011

SENI HALUS


Sebenarnya seni berfungsi sebagai ekspresi kendiri. Merujuk kepada buku bertajuk Arts As Experiance oleh John Dewey menyatakan bahawa segala aktiviti dan gerak laku manusia dianggap sebagai meluahkan perasaan.


Ia dianggap sebagai satu tanda emosi yang mungkin boleh difahami atau tidak oleh penonton. Sebelum melakukan sesuatu, kita haruslah berfikir terlebih dahulu. Oleh itu, setiap orang yang berfikir adalah ahli falsafah. Ilmu seni dan Ilmu falsafah saling berinteraksi antara satu sama lain. Kesimpulannya ahli seni adalah ahli falsafah..

(Action + Thinking = Intelectual)





Ilmu falsafah dan seni merupakan satu bidang perbahasan akal yang merangkumi pemikiran dan kreativiti manusia. Dimana ia memperjuangkan isu kemasyarakatan, kepercayaan, keagamaan, kebudayaan, dan politik. Isu-isu inilah yang sedang diperbahaskan oleh sekumpulan pengkarya muda iaitu pelajar-pelajar dari jabatan Seni Halus 06 yang terdiri daripada syawal, azim, daus, cucu, esah, suci, sharil, onye, farah, azree, iryan, hadi, myra, mahir, ira, jeerah, ika, diana, liza, nasie, jehan, wawa, yafig dan acap.






Inilah antara sebahagian karya-karya pelajar Seni Halus Semester 06 yang dapat dipaparkan. Banyak lagi karya-karya yang telah dihasilkan dari cetusan minda, kreativiti dan idea mereka. Ternyata mereka bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sebuah karya yang hebat dan dapat memberi makna kepada yang melihatnya. Ianya bukan sekadar untuk memuaskan hati malahan mengajak kita sama-sama berfikir tentang apa yang ingin disampaikan.






Oleh itu, kami dari warga Seni Halus mengucapkan selamat berjaya kepada pelajar-pelajar 06 dalam menghadapi pahit-getir untuk menempuhi penilaian akhir. Semoga anda semua berjaya menghadapi segala cabaran dan dugaan ini, bukan saja pada masa ini bahkan dimasa yang mendatang. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda..GOOD LUCK...




Sunday, April 3, 2011

Karya Pelajar Semester 04 (Time Based Media II)


Ini merupakan contoh-contoh hasil karya pelajar semester 04 dalam subjek Time Based Media II. Dalam subjek ini adalah pendedahan awal kepada pelajar untuk memahami dunia reka bentuk. Objektif utama subjek ini adalah untuk memberi penekakan kepada "Kenapa" pelajar mesti memahami dan "mengapa" mesti menggunakan unsur-unsur seni dan reka bentuk dalam tugasan atau projek mereka.





Karya-karya ini merupakan satu olahan komposisi garisan yang menggunakan pelbagai jenis dan kualiti garisan. "Subject Matter" dipilih dari majalah yang mempunyai interior yang telah disahkan oleh pensyarah mereka. Setiap karya haruslah merakam kesan cahaya yang dapat menunjukkan bentuk dengan menggunakan garisan, warna monokromatik dan warna.


garisan , monokromatik dan warna



garisan , monokromatik dan warna



garisan, monokromatik dan warna




garisan, monokromatik dan warna